Syurga Di Hati
Title | Syurga Di Hati PDF eBook |
Author | Fatin Nabila |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 502 |
Release | 2009 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831244311 |
AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.
Kuserahkan Kasih
Title | Kuserahkan Kasih PDF eBook |
Author | Fida Rohani |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 448 |
Release | 2009 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831244753 |
BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya... Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!
3 Kata Hati
Title | 3 Kata Hati PDF eBook |
Author | Norzailina Nordin |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 576 |
Release | 2012 |
Genre | Fiction |
ISBN | 9831247809 |
Rindu - Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat. Kasih - Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya. Cinta - Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya? Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
Syurga dihati kita
Title | Syurga dihati kita PDF eBook |
Author | Zuraidah Othman |
Publisher | |
Pages | 190 |
Release | 1999 |
Genre | |
ISBN | 9789832104070 |
CIPTA SYURGA HATI
Title | CIPTA SYURGA HATI PDF eBook |
Author | DR. HM Tuah Iskandar al-Haj |
Publisher | Karya Bestari |
Pages | 320 |
Release | 2010 |
Genre | Muslims |
ISBN | 9678603454 |
Hati dalam konteks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung di dalam hati kita. Cipta pula bermaksud kekuatan yang ditolak oleh kekuatan berfikir dan kekuatan berinovasi. Jadi, pengisian CIPTA SYURGA HATI adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam bentuk benda tetapi boleh diterjemahkan melalui peribadi yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah. Ia bertujuan mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Yakinlah bahawa syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri. Misi buku ini dalah memberikan kita rasa bahagia seakan syurga sebagaimana ungkapan rumahku syurgaku. Justeru, kita akan dapati banyak hujah DR.HM TUAH ISKANDAR al-HAJ berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan satu-satu persoalan untuk mencipta syurga di hati di dunia yang bakal fana ini. Moga-moga ilmu yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan bersama.
Ada cinta di hati
Title | Ada cinta di hati PDF eBook |
Author | Emma Maizura |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 524 |
Release | 2007 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831243234 |
Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya. Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri. Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya. Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya. Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?
Cantik Sehijau Epal
Title | Cantik Sehijau Epal PDF eBook |
Author | Intan Arnida |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 696 |
Release | 2013 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831248430 |
‘Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa. Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu. Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh! Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya. Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.