Seindah Sakura
Title | Seindah Sakura PDF eBook |
Author | Liza Zahira |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 543 |
Release | 2010 |
Genre | Fiction |
ISBN | 9831244893 |
SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Panggil Aku Najiha
Title | Panggil Aku Najiha PDF eBook |
Author | Ana Balqis |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 504 |
Release | 2010 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831245113 |
NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha. Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu. Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.
Bunga Hati
Title | Bunga Hati PDF eBook |
Author | Liza Zahira |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 592 |
Release | 2012 |
Genre | Malaysian fiction (Malay) |
ISBN | 983124821X |
CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Irama Semalam
Title | Irama Semalam PDF eBook |
Author | Yatie Atiqa |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 400 |
Release | 2011 |
Genre | Fiction |
ISBN | 9831246551 |
MENERIMA seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata. Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?
Kubawa Hati Ini
Title | Kubawa Hati Ini PDF eBook |
Author | Elis Mokhtar |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 464 |
Release | 2011 |
Genre | Fiction |
ISBN | 9831246462 |
SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan. Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya! Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
Andai Kau Jodohku
Title | Andai Kau Jodohku PDF eBook |
Author | Liza Zahira |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 528 |
Release | 2010 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 983124589X |
RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya. Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin. Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!
With All My Heart
Title | With All My Heart PDF eBook |
Author | ADEEBA ERYNA |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 283 |
Release | 2017 |
Genre | |
ISBN | 9678608197 |
Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.