Kala Senja Dia Datang

Kala Senja Dia Datang
Title Kala Senja Dia Datang PDF eBook
Author A. Darwisy
Publisher Buku Prima
Pages 950
Release 2022-07-06
Genre Fiction
ISBN 9670535859

Download Kala Senja Dia Datang Book in PDF, Epub and Kindle

Majid kesempitan wang dan terpaksa mencari kerja part-time. Kawannya, Munir telah menawarkan Majid membawa teksi milik bapa saudaranya, Joned. Bapa saudaranya tidak boleh bawa teksi kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Tanpa disedari, Majid telah diganggu oleh seorang wanita muda yang bibirnya terkoyak dan bau-bauan yang wangi dalam teksinya. Ada ketikanya, teksinya dipenuhi dengan daun asam muda, entah dari mana datangnya. Majid juga sering mendapat mimpi-mimpi ngeri ketika dia tertidur di dalam teksi itu. Dapatkah Majid menyelesaikan masalah yang menghantui dirinya?

JANGAN BIAR DIA MASUK

JANGAN BIAR DIA MASUK
Title JANGAN BIAR DIA MASUK PDF eBook
Author A. Darwisy
Publisher Alaf 21
Pages 1119
Release 2015
Genre
ISBN 9674461868

Download JANGAN BIAR DIA MASUK Book in PDF, Epub and Kindle

Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya... Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya? “Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari...” – Maya “Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!” – Ambarsari “Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran.” – Darma

Please... Jangan ‘Tackle’ Aku

Please... Jangan ‘Tackle’ Aku
Title Please... Jangan ‘Tackle’ Aku PDF eBook
Author Siti Rozilah
Publisher Buku Prima
Pages 442
Release 2015
Genre Malay fiction
ISBN 967446221X

Download Please... Jangan ‘Tackle’ Aku Book in PDF, Epub and Kindle

MENYANGKA yang dirinya telah dizalimi Eizhan, kekasihnya sendiri, Nur Naziha mula membenci lelaki. Dia kemudiannya bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri. Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kota raya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan yang ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul Ridzuan Hakeem, seorang kanak-kanak lelaki comel di dalam hidup mereka. Siapakah sebenarnya Marzuki dalam hidup Nur Naziha? Dan siapakah kanak-kanak yang bernama Ridzuan Hakeem itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?

Mantera Hitam

Mantera Hitam
Title Mantera Hitam PDF eBook
Author Serunai Faqir
Publisher Alaf 21
Pages 404
Release 2009
Genre Fantasy fiction
ISBN 9831244060

Download Mantera Hitam Book in PDF, Epub and Kindle

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri. Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Projek Seram - Hostel

Projek Seram - Hostel
Title Projek Seram - Hostel PDF eBook
Author Hasrudi Jawawi, Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, Illya Abdullah
Publisher Buku Prima
Pages 427
Release 2016
Genre Short stories, Malay
ISBN 9674462791

Download Projek Seram - Hostel Book in PDF, Epub and Kindle

Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu. Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA Lima gadis, dengan agenda tersendiri menyertai satu penggambaraan telemovie realiti seram yang dikelolakan oleh seorang pemuda bernama Syahsyamusa. Daliana, Rosmuna, Widelia, Amani, Faeza dan Cahaya berjaya dalam uji bakat yang diadakan. Mereka ditawarkan dengan wang sebanyak RM 50,000 sebagai bayaran. Sebuah Hostel yang baru dibina tidak diduduki menjadi sasaran lokasi penggambaraan. Pelakon-pelakon hantu bersedia untuk memainkan peranan.Dan kisah seram lima gadis itu pun bermula… Jangan celopar, bila jumpa di depan mata baru kau diam! / SYY...

Title PDF eBook
Author
Publisher Indie Book Corner
Pages
Release
Genre
ISBN

Download Book in PDF, Epub and Kindle

PANDORA BUAT INSYIRAH

PANDORA BUAT INSYIRAH
Title PANDORA BUAT INSYIRAH PDF eBook
Author ANIS AYUNI
Publisher Alaf 21
Pages 626
Release 2014
Genre Malay fiction
ISBN 983124950X

Download PANDORA BUAT INSYIRAH Book in PDF, Epub and Kindle

SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya.