JANGAN LUPAKAN AKU
Title | JANGAN LUPAKAN AKU PDF eBook |
Author | iza safiya |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 618 |
Release | 2012 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831248406 |
Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. "Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!" Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. "Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!" Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.
Abangku, Ceo Sengal!
Title | Abangku, Ceo Sengal! PDF eBook |
Author | Mastura Abdullah |
Publisher | Buku Prima |
Pages | 419 |
Release | 2015 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9674460535 |
Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu. Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar! Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!.
AKU ALERGIK CINTA
Title | AKU ALERGIK CINTA PDF eBook |
Author | Ilyana Hani |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 426 |
Release | 2016 |
Genre | |
ISBN | 9678606275 |
Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.
MERAH VIOLET BIBIRMU
Title | MERAH VIOLET BIBIRMU PDF eBook |
Author | INTAN ARNIDA |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 651 |
Release | 2014 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831249399 |
Dayang Mas Lafina tidak sanggup bersuamikan lelaki tua bernama Tuan Arman. Namun dia dipaksa jua oleh ibu tirinya demi harta dan wang ringgit. Pilihan hatinya Ezroy Aidid itu nun jauh di mata. Sukar baginya untuk menghubungi Ezroy kerana telefon bimbitnya disimpan oleh ibu tirinya. Bagaimana dia mahu menceritakan penderitaan yang ditanggungnya? Dia nekad pada hari pernikahannya, dia melarikan diri dengan bantuan dua orang sahabat baiknya. Dia cuba mendapatkan perlindungan daripada Ezroy, namun kerana termakan hasutan dan fitnah, lelaki itu menuduhnya pisau cukur. Akibatnya dia telah didera, diseksa dan dihina serta disuruh menjadi pembantu rumah. Pedih pilu hatinya hanya TUHAN yang tahu. Ikutkan marah mahu sahaja dia melarikan diri. Namun bimbang akan dicari orang-orang upahan ibu tirinya, dia rela dirinya ditohmah oleh lelaki yang amat dicintai suatu waktu dahulu sehinggalah suatu hari dia koma setelah menjalani pembedahan akibat penderaan fizikal dan mental yang tidak berkesudahan.
Cinta Senget-Benget
Title | Cinta Senget-Benget PDF eBook |
Author | Nina Rose |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 528 |
Release | 2015 |
Genre | Love |
ISBN | 967860504X |
Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan. Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya. Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!
Badai Di Hati
Title | Badai Di Hati PDF eBook |
Author | Fazie Hanna |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 494 |
Release | 2005 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831241835 |
Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah. Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.
7 Warna Cinta
Title | 7 Warna Cinta PDF eBook |
Author | Fida Rohani |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 560 |
Release | 2014 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831249550 |
Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi. Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi, lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.