Benci Itu Rindu
Title | Benci Itu Rindu PDF eBook |
Author | Angela Ungkuan |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 613 |
Release | 2014 |
Genre | Fiction |
ISBN | 9831249127 |
Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan. Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan. Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?
Ceritera Rindu
Title | Ceritera Rindu PDF eBook |
Author | Leeya Myra |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 494 |
Release | 2009 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831244303 |
IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya. Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.
Encik Abangku Romantik
Title | Encik Abangku Romantik PDF eBook |
Author | Elee Mardiana |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 576 |
Release | 2012 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831248104 |
Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan… Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.
Ruang Rindu
Title | Ruang Rindu PDF eBook |
Author | Rozita Abd Wahab |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 520 |
Release | 2010 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831245148 |
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
SAPU TANGAN BIRU
Title | SAPU TANGAN BIRU PDF eBook |
Author | juriah ishak |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 710 |
Release | 2014 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831249631 |
Alamak! Tertumpah pula air kopi yang dibawa ke atas gaun seorang gadis. Maki hamun gadis itu menyebabkan Ray geram! "Jasmin Alia." Nama yang tersulam pada sapu tangan sutera berwarna biru langit. Sapu tangan itu menjadi saksi dirinya diperlekehkan. Disebabkan sapu tangan itu, Ray nekad untuk berhijrah. Di kota, Ray berkenalan dengan Datuk Wahab yang telah menawarkannya pekerjaan. Pertembungan dengan Jasmin Alia menyebabkan Ray terkejut. Walaupun gadis itu tidak mengenalinya lagi, Ray tidak pernah lupa! Dianggap pemuda miskin yang datang dari kampung terceruk, Ray terus dihina. Rupa-rupanya Ray ada aura istimewa. Tiba-tiba emosi Jasmin Alia jadi tak tentu arah. Rasa bencinya tenggelam, rasa rindunya pula menjulang. Walaupun sudah mempunyai kekasih, Ray mesti digoda dengan apa saja cara.
Jendela Hati
Title | Jendela Hati PDF eBook |
Author | Aisya Sofea |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 403 |
Release | 2000 |
Genre | Families |
ISBN | 9831240340 |
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya. Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya. Benarkah "ganti tikar" yang berlandaskan "keterpaksaan" bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Horizon Cinta
Title | Horizon Cinta PDF eBook |
Author | Umi Azrini |
Publisher | Alaf 21 |
Pages | 484 |
Release | 2008 |
Genre | Malay fiction |
ISBN | 9831244168 |
ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik. Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.